
China
Xi An
Harga Bermula RM3,980
Tempat Menarik Di Xian :
Masjid Besar Xian: Masjid tertua dan terbesar di China
Muslim Quarter: Terkenal dengan makanan halal, bazar tradisional, dan suasana Islam yang meriah.
Tembok Kota Xian: Tembok purba yang masih terpelihara
Tang West Market Museum : Muzium moden memainkan peranan sebagai titik permulaan laluan Sutera
Daming Palace National Heritage Park: kompleks istana diraja yang megah dari Dinasti Tang
Mount Hua: Gunung suci China terkenal dengan pemandangan indah
Kenapa Memilih Xian:
▪ Kemudahan Ibadah
Terdapat banyak masjid, surau, dan tempat solat yang disediakan di kawasan pelancongan dan awam.
Masjid Besar Xi’an (Great Mosque of Xi’an) ialah antara masjid tertua dan terbesar di China, menjadi tempat ibadah utama umat Islam tempatan dan pelancong.
▪ Makanan Halal
Xi’an terkenal dengan banyak restoran halal terutamanya di kawasan Muslim Quarter (Huimin Jie).
Pelancong Muslim mudah mendapatkan makanan halal seperti roti daging, mi tarik (lamian) dan pelbagai hidangan tradisional tempatan.
▪ Komuniti Muslim
Wujud komuniti Islam tertua di China, yang aktif berdakwah, berniaga, dan mengekalkan budaya Islam.
Hubungan erat antara masyarakat Islam dan bukan Islam menjadi contoh toleransi dan keharmonian sosial.
▪ Nilai Murni Sejajar dengan Islam
Masyarakat Xi’an dikenali berdisiplin, amanah, serta menjaga kebersihan dan adab, yang sejajar dengan nilai-nilai Islam. Sifat ramah dan sopan santun mereka memudahkan interaksi pelancong Muslim.
▪ Masjid Besar Xi’an (Great Mosque of Xi’an)
Masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di dunia, dibina pada zaman Dinasti Tang (abad ke-8).
Reka bentuknya menggabungkan seni bina Cina dan Islam, dengan ruang solat luas, halaman taman, serta kemudahan wuduk yang lengkap untuk lelaki dan wanita.
Musim Di Xian :
Musim Bunga (Mac–Mei): Cuaca nyaman (10–20°C), bunga sakura dan bunga peony mekar.
Musim Panas (Jun–Ogos): Panas dan lembap (26–38°C), kurang sesuai untuk aktiviti luar lama
Musim Luruh (Sep–Nov): Sejuk sederhana (10–22°C), daun bertukar warna cantik.
Musim Sejuk (Dis–Feb): Sejuk (-5 – 8°C), kadang bersalji





