
Turkiye
Turkiye
Harga Bermula RM5,590
Tempat Menarik Di Turkiye :
Cappadocia : Formasi batu unik, belon udara panas, gua bersejarah, dan bandar bawah tanah
Cotton Castle, Pamukkale : Kolam teres putih, air panas mineral, warisan sejarah Rom kuno
Hagia Sophia : Masjid dan bekas gereja Kristian dibina 2,560 tahun dulu
Selat Bosphorus : Laluan air menghubungkan Eropah dan Asia
Hierapolis City : Bandar Rom dibina abad 2 SM dengan pengaruh Kristian-Roman
Grand Bazaar & Spice Bazaar : Pasar tertua di Istanbul dibina tahun 1455.
Kenapa Memilih Turkiye :
1. Menjejak Kegemilangan Tamadun Islam
Mengunjungi peninggalan Empayar Uthmaniyyah seperti Hagia Sophia, Topkapi Palace, dan Masjid Biru. Melihat sendiri artifak sunnah dan peninggalan Rasulullah SAW yang dipelihara sejak berkurun lamanya. Memahami perjalanan sejarah penyebaran Islam melalui seni bina, kerajaan, dan pahlawan Islam.
2. Menghayati Keindahan Iman & Kebesaran Allah
Menikmati ciptaan Allah di Cappadocia, Pamukkale, dan Bosphorus yang menggambarkan kebesaran dan keagungan-Nya. Solat di masjid bersejarah yang menjadi pusat dakwah sejak zaman khalifah. Mengalami suasana Islam dalam kehidupan harian masyarakat Turkiye yang mesra dan penuh adab.
3. Menghubungkan Jiwa Dengan Sejarah Ummah
Menziarahi maqam tokoh Islam seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk Kota Konstantinopel.Mendalami kisah perjuangan umat Islam mempertahankan agama & negara. Menghadirkan rasa syukur dan bangga sebagai Muslim apabila melihat jejak kegemilangan Islam yang masih terpelihara.
Musim Di Turkiye :
Musim Bunga (Mac–Mei): Cuaca nyaman (10–25°C), bunga mekar, sesuai untuk lawatan bandar seperti Istanbul & Cappadocia.
Musim Panas (Jun–Ogos): Panas (30–40°C), sesuai untuk pantai seperti Antalya & Bodrum.
Musim Luruh (Sep–Nov): Sederhana sejuk (10–25°C), daun bertukar warna, sesuai untuk pelancongan santai
Musim Sejuk (Dis–Feb): Sejuk (-5–10°C), salji turun, sesuai untuk aktiviti ski & lihat pemandangan bersalji.





