
Taiwan
Taiwan
Harga Bermula RM3,450
Tempat Menarik Di Taiwan :
Masjid Taipei : Masjid tertua dan terbesar di Taiwan
Masjid Kaohsiung : Masjid utama di selatan Taiwan
Sun Moon Lake : Tasik Semula jadi
Shilin Night Market : Gerai menjual cendera mata
Jiufen Old Street : Pekan lama di atas bukit
CKS Memorial Hall : Mercu tanda ikonik di Taiwan
Kenapa Memilih Taiwan :
Taiwan dipilih kerana ia menjadi negara moden yang semakin mesra dengan pelancongan Islam walaupun bukan negara Islam. Mereka semakin terbuka menerima kehadiran umat Islam serta menghormati ajaran dan amalan agama Islam.
Kemudahan Ibadah
Banyak masjid, surau, dan tempat solat disediakan di kawasan awam seperti lapangan terbang, pusat beli-belah, universiti, dan destinasi pelancongan utama.
Makanan Halal
Semakin banyak restoran dan produk halal berdaftar di bawah Halal Certification Taiwan (THIDA) disediakan bagi memenuhi keperluan umat Islam.
▪ Komuniti Muslim
Wujud komuniti Islam tempatan dan antarabangsa yang aktif serta menyediakan pelbagai aktiviti keagamaan dan sosial.
▪ Nilai Murni Sejajar dengan Islam
Masyarakat Taiwan terkenal dengan sifat sopan, jujur, amanah, dan menjaga kebersihan yang menjadikan Taiwan antara negara paling selamat dan mesra pelancong Muslim.
Masjid Taipei Grand Mosque
Masjid terbesar dan tertua di Taiwan yang dibina pada tahun 1960 yang menjadi pusat utama bagi umat Islam untuk menunaikan solat berjemaah,belajar agama dan berinteraksi sosial
Musim Di Taiwan:
Jan–Feb: Sejuk (12–18°C), agak kering.
Mac–Apr: Selesa & mula panas, hujan sederhana.
Mei: Mula musim hujan (Meiyu).
Jun–Ogos: Panas (26–33°C), sangat lembap, musim taufan.
Sep: Masih panas, taufan kadang-kadang.
Okt–Nov: Cuaca terbaik—nyaman & kering.
Dis: Sejuk & sedikit mendung.




