
Japan
Osaka - Kyoto - Tokyo
Harga Bermula RM8,490
Tempat menarik di Osaka Kyoto Tokyo :
Arashiyama Bamboo Forest : Laluan Pealan kaki dikelilingi buluh tinggi
Iyashi No Sato : Kampung samurai
Masjid Fujikawaguchiko : Dibina untuk pelancong muslim
Istana Osaka : Mercu tanda bersejarah Jepun
Gotemba Outlet : Outlet open air
Nakamise Street : Lorong membeli belah
Kenapa memilih Osaka - Kyoto - Tokyo :
Osaka dipilih kerana ia menjadi contoh bandar moden yang semakin mesra Islam walaupun bukan negara Islam. Masyarakat Jepun semakin terbuka menerima kehadiran Muslim dan menghormati ajaran Islam.
Kemudahan Ibadah : Banyak disediakan masjid, surau, dan tempat solat di kawasan awam seperti lapangan terbang dan universiti.
Makanan Halal : Semakin banyak restoran dan produk halal tersedia untuk memenuhi keperluan umat Islam.
Komuniti Muslim : Wujud komuniti Islam antarabangsa yang aktif berdakwah dan menjaga ukhuwah antara Muslim.
Nilai Murni Sejajar dengan Islam : Sikap masyarakat Jepun yang berdisiplin, jujur, amanah, dan menjaga kebersihan sangat bertepatan dengan nilai-nilai Islam.
Masjid Fujikawaguchiko
Kawasan Fujikawaguchiko ialah sebuah destinasi pelancongan terkenal, berhampiran Lake Kawaguchi dan di kaki Mount Fuji, yang menyaksikan pertambahan pelancong antarabangsa termasuk pelancong Muslim. Masjid ini dibina khusus untuk memenuhi keperluan pelancong Muslim di kawasan sekitar Mt Fuji & Lake Kawaguchi — menyediakan ruang solat, serta kemudahan sokongan seperti wudhu (ablution) untuk lelaki/wanita
Musim Di Jepun :
Musim Bunga (Mac–Mei): Cuaca nyaman (10–20°C), bunga sakura mekar.
Musim Panas (Jun–Ogos): Panas dan lembap (25–35°C), banyak festival dan hujan awal musim.
Musim Luruh (Sep–Nov): Sejuk sederhana (10–25°C), daun bertukar warna cantik.
Musim Sejuk (Dis–Feb): Sejuk (0–10°C), jarang bersalji di bandar, sesuai untuk iluminasi musim




