
Thailand
Bangkok - Damnoen Saduak - Kanchanaburi
Harga Bermula RM2,390
Tempat Menarik Di Bangkok :
Bangkok Night Market : Pasar malam di tepi sungai
Kanchanaburi Skywalk : Jambatan jalan kaki kaca
River Kwai Bridge : Terkenal kerana sejarah perang dunia kedua
Damnoen Saduak Market : pasar terapung terkenal di ratchaburi
Honey Bee Farm : Tempat penternakan lebah yang terkenal
Kanchanaburi Safari : safari zoo terbuka
Kenapa Bangkok :
Bangkok dipilih kerana ia menawarkan gabungan keunikan budaya Thailand moden dan tradisional yang masih terpelihara, menjadikannya destinasi menarik serta mesra pelancong Muslim. Bangkok sebagai ibu kota yang penuh kehidupan menyediakan kemudahan surau di pusat beli-belah, restoran halal yang meluas, serta komuniti Muslim tempatan yang ramah.
Kanchanaburi
Merupakan destinasi yang sangat berbaloi untuk dilawati kerana ia menggabungkan keunikan sejarah, keindahan alam semula jadi, dan suasana yang jauh lebih tenang berbanding bandar-bandar besar di Thailand
Damnoen Saduak
Bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi sebuah “muzium hidup” yang mempamerkan warisan masyarakat Thai, menjadikannya lokasi tarikan dunia yang sarat dengan nilai budaya, sejarah dan pendidikan. Ia sangat sesuai bagi pelancong Muslim yang ingin melihat sisi Thailand yang lebih asli, jauh daripada kesibukan kota. Dengan pemandangan yang berwarna-warni, pengalaman menaiki bot, serta layanan mesra penduduk tempatan, Damnoen Saduak memberikan perjalanan yang damai, berbeza dan penuh kenangan.
Musim Di Bangkok :
Musim Hujan (June-Oktober) : Sejuk dan Lembap
Musim Sejuk (Nov–Feb): kering dan sejuk
Musim Panas (March-Mei): Panas dan lembap




